ini amx lah

INI AMX LAH

HEY SELAMAT DATANG ADD AMX CLICK INI AMX LAH
:




Khamis, 30 Mei 2013 ★ 12:34 PTG


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Telah jauh  terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….


“Amboi, siap nak nyanyi lagu cinta bagai.Ni ada apa-apa ke?”
 tanya Qaisara, anak Aunty Laila merangkap kawan serumah Dania.

“Mana ada apa-apa.Saja je nak nyanyi.”
 Katanya sambil memotong daging untuk dimasak nanti.

“Kalau akak tak ada apa-apa nak cerita,
Qai nak cerita something sikit dengan akak.”

Qaisara memang suka memanggil Dania dengan panggilan
 kakak kerana Dania tua 4 bulan darinya.
Pada mulanya Dania rasa agak canggung apabila
Qaisara menaggilnya kakak. Mana tidaknya, mereka kan sebaya.
Sesuka hati je nak panggil kakak.

Tapi, bila difikirkan balik, tiada salahnya kalau dia
dipanggil kakak kerana dia pun tiada adik.

“Nak story apa lagi hari ni?” Qaisara ni macam
reporter tak bergaji sebab dia suka report berita-berita
terkini yang berlaku kat kolej mereka.

“Kalau Qai cakap, akak jangan gelak tau.Janji?”
 katanya sambil menghulurkan jari kelingkingnya.
Macam budak-budak!

“Hmmm… yela.” Balas Dania.

“Sebenarnya,Qai ada suka kat seorang
mamat ni.Lama dah Qai usyar dia.Tapi
kawan Qai kata, dia ada makwe.”

“Habis tu?”

“Qai nak dia juga.Qai tak akan lepaskan
 dia untuk orang lain. Kalau untuk akak tak apa
.Untuk akak, Qai rela korban apa sahaja
.”Qai ni baik sangat dengan aku.
Asyik-asyik nak korban benda dia suka untuk aku.
Sampai aku pula rasa tak sedap hati.

“Siapa jejaka yang bertuah tu?”

“Muhammad Danial Hakimi.Rasanya
dia sekelas dengan akak kot.”

Berdegup laju jantung Dania mendengar
 nama Hakimi.Qai suka Hakimi?





“Kimi, saya nak cakap sesuatu dengan awak.”
Hakimi terus memandang Dania dengan
senyuman yang bisa mencairkan hati
sesiapa pun yang memandang.

“Kenapa awak senyum macam tu?”
Dania rasa tidak selesa melihat senyuman
 Hakimi.Seperti ada sesuatu.

“Saya suka bila awak panggil saya Kimi.
 Macam comel je saya dengar.”
Katanya lagi sambil tersenyum.

“Okey, apa yang awak nak cakap?”

“Kalau ada seseorang sukakan awak,
awak nak buat apa?” tanya Dania perlahan.
Bukan apa, dia takut Syakilla terdengar.Kalau
Syakilla terdengar, comfirm lepas
 ni mesti ada gossip yang baru.

“Kenapa awak tanya macam tu?
Awak… suka saya ke?”
tanya Hakimi seperti berbisik.

“Not me la.Somebody else.”
 jawab Dania.

“Selain awak, saya tak terima orang lain.
Awak je yang ada kunci untuk hati saya ni.
Orang lain tak ada kunci tu.So,
mereka tak mungkin dapat masuk dalam hati saya.”

“Kalau saya tak sukakan awak macam mana?”

“Kalau awak tak suka saya, saya jadi bujang
 sampai ke tua la nampaknya.”
Terus Dania mencubit lengan Hakimi.
Sesuka hati je nak membujang sampai ke tua
sebab aku tak suka dia.

“Gurau pulak!”

“Saya tak bergurau la Eliana Dania Maisara. 
I’m seriously have fall in love with you.”
Terus Dania mengalihkan matanya ke arah lain.

Menggoda sungguh mata Hakimi ni.
Saja je nak buat aku cair la mamat ni.
Nasib baik iman aku kuat lagi..



Bersambung..


Selasa, 9 April 2013 ★ 6:57 PG



Tanpa awak ketahui,sayalah yang 
selalu LIKE status-status awak 
setiap kali awak UPDATE status awak,,
Sayalah yang selalu CHATTING dengan awak 
di FB dan menayakan khabar 
serta masalah awak,

AWAK,,

Andai satu hari nanti saya sudah tidak
 LIKE dan CHATTING dengan awak
janganlah awak tercari-cari 

saya ye pada masa itu,
Kerna pada masa itu saya 
tiada lagi di sini,di atas bumi ini,

Tapi awak janganlah bersedih ye,,,
Kalau awak ada masalah dan
 tiada sesiapa untuk diluahkan,

Awak luahkan dan ceritalah pada ALLAH.
DIA selalu ada untuk awak,

AWAK,,

Saya tidak akan pernah lupakan awak,
Walaupun dalam lena saya,
Andai saya ada salah dan silap pada awak,


Awak maafkan saya ye,,???





Isnin, 1 April 2013 ★ 4:15 PTG



SAMBUNGAN
..

12 tahun kemudian…


“Dania, saya suka awak!”

Alahai mamat poyo ni. Dalam ramai-ramai awek kat kolej ni,
 kenapa aku juga yang dia nak mengayat?

Matanya dijulingkan ke atas.

“Awak ni kenapa?” tanya Dania tidak berpuas hati.

Mana tidaknya sejak awal dia mula memasuki kolej itu, 
Hakimi tak pernah penat mengejar dia. 
Sebenarnya Dania dah kenal Hakimi sejak sekolah menengah lagi. 
Senior yang terhot sekolah tu!

“Awak tak dengar ke? Penat je saya jerit kuat-kuat tadi.”

Hakimi, sebab awak jerit kuat sangat lah buat saya malu bertong-tong ni. 
Tak tahu nak letak muka saya ni kat mana.

“Ke awak malu?” sambungnya lagi setelah melihat 
muka Dania yang berubah merah.

Terus Dania menjeling tajam ke arah Hakimi. 
Mak ai, pandang macam nak makan aku je rupanya.

“Okey, I’m sorry kalau apa saya buat tadi memalukan awak.
Saya cuma nak awak tahu yang saya sukakan awak.
Sejak kita sekolah menengah lagi sebenarnya.”

Dania mengankat kening tanda mahu mengetahui cerita selanjutnya.

“Awak tahukan saya yang hantar coklat atas meja awak tiap-tiap pagi tu?” tanya Hakimi.

Dania mula tersengih seraya berkata “Awak ke? 
Sorry la awak, saya memang tak berapa nak suka coklat.
So, saya sedekahkan je coklat tu kat Izyani.Dia tu hantu coklat.”

“What?”

“Sorry la Kimi.” Kata Dania sambil membuat gaya 
sorry-sorry macam dalam klip video Super Junior. Cute!


bersambung....



Selasa, 26 Mac 2013 ★ 1:59 PTG






Air matanya tidak berhenti mengalir sejak kakinya mula     
menjejakkan kaki ke tanah perkuburan itu. Puas dipujuk,
 namun tangisan masih tidak berhenti.



“Sudah la tu, jangan nangis lagi. Tak tenang arwah papa dan mama 
Dania nanti.” Pujuk Aunty Laila.


Sedih hatinya memikirkan nasib Eliana Dania Maisara yang 
lebih senang dipanggil Dania itu. Usianya baru 8 tahun,
 namun dia terpaksa menempuh dugaan yang besar ini.


“Aunty, kenapa bukan Dania yang mati? Kenapa mama dan papa
 tinggalkan Dania sendiri?” katanya perlahan sambil
 diiringi tagisan air mata.



Sedih rasa hatinya mendengar Dania berkata begitu.



“Dania, mama dan papa tak tinggalkan Dania sendiri sayang. 
Dania masih ada Aunty kan?” pujuknya lagi sambil memeluk
 tubuh kecil itu. Dia sendiri merasakan kesedihan kerana 
kehilangan sahabat baiknya.



“Dania tinggal dengan Aunty je la ya?”



Dania hanya mendiamkan diri.Bahunya masih 
tersenggut-senggut menahan tangis.



“Kalau ada apa-apa jadi pada mama dan papa, 
Dania tinggal dengan Aunty Laila ya?Dania kena sayang dan hormat dia
 macam Dania sayang dan hormat pada mama dan papa ya sayang?
Mama dan papa sayang sangat pada Dania.” 
tiba-tiba dia teringat pesanan mamanya sebelum mamanya 
menghembuskan nafas yang terakhir. Mama…



“Dania tinggal dengan Aunty ya sayang?”
tanya Aunty Laila buat kali ke dua.
 Bukan niatnya mahu memaksa anak kecil itu, 
cuma dia tidak mahu membiarkan Dania berseorangan
menghadapi dugaan ini.




Dania menganggukkan kepalanya perlahan
 tanda setuju.

.

Bersambung....


Isnin, 4 Februari 2013 ★ 3:16 PTG





Cerita Setia Hingga Sampai Hujung Nyawa mendapat sambutan skrg di tv3. 
dan menjadi kegilaanramai. Dan juga ramai yg request chord lagu ni.
So ini dia chord untuk lagu ni and sekali dengan lirik lagi,
hope u all enjoy. this 
song for u all. :*

Intro: D Bm G A
*verse 1

D

Dan apa
Bm
Yang kau mau kan dari ku
G
Telah lamaku kata
A
Yg ku cinta sepenuh hatiku
*verse 2

D

Sampai bila
Bm
Harus aku menunggu cinta mu
G
Dan pabila ku sedari
A
Kaulah yg pertama..kucintai
chorus
**1

G A

Maafkan lah diri ini
F#m Bm
Jika takdir menjemputku dahulu
G F#m Bm
Hanya saat ini yg dapat menemanimu
**2

G A

Dengarkanlah sekali lagi
F#m Bm
Jika kau tak percaya pada diriku
G
Bilaku berkata,
A
I said i love you
Repeat *verse 1 & *verse 2
Chorus
Solo: G A G A G A
chorus **1

chorus **2

sekian saja hok aloh.

Selasa, 15 Januari 2013 ★ 5:07 PG


 

kadang kadang dalam hidup kita tidak
 boleh terlalu mengharap
mengharap yang kita akan jadi kaya, banyak duit
berharap yang jejaka/wanita yang  kita minati sejak lamanya
 akan jatuh hati pada kita suatu hari nanti
berharap yang kta juga akan mendapat kerjaya yang hebat 
sebagaimana orang lain yang mempunyai 
pencapaian yang serupa dengan kita…

meletakkan harapan pada sesuatu
seolah olah bertaruh dengan nasib sendirik
seperti kata kawan baik aku dulu
‘berangan tu penting, tanpa angan-angan tiada 
lah cita-cita’
berangan memang seronok

tapi jangan sampai meletakkan harapan terlalu tinggi
sebab kalau kita terbang terlalu tinggi dan kita jatuh
sakitnya amat teruk, dan mungkin sukar diubati
macam tu juga dengan si pemberi harapan
dalam hidup

kita perlu tegas…jangan biarkan 
orang ‘bergantung’ pada harapan kita
kalau hati kita rasa tak mahu dan tak selesa
cuba bagitahu terang terang
berselindung di sebalik janji manis, 
muka manis dan ayat manis adalah sangat jahat.

oleh itu kepada yang mengharap…
cuba hidup dengan penuh rasa bersyukur,
 dengan segala yang anda miliki
jangan cuba menjadi orang lain, 
sebab anda hanya akan hidup dalam kepura-puraan
dan kepada yang memberi harapan…
cuba letakkan diri anda di tempat orang yang anda 
‘sakiti’ itu…

.sekian.


Ahad, 13 Januari 2013 ★ 11:37 PG


Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita, tapi
kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia
atau pun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia? (selepas difikirkan, aku
baru perasan yang ayat aku salah.Maka yang betul adalah ini: Adakah disebabkan 
kita sayang dia,maka kita perlukan dia,ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu 
dia?) itu membawa kepada dua pengertian berbeza yang pastinya.

Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa
disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu
yang pincang.Anehnya,kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui
kepayahan begitu.


ini perbualan aku dengan member aku masa tengah melepak sambil makan rambutan


aku: Kau pernah rasa rindukan seseorang?

member: (ketawa) haha ape punya soalan do

aku: ko jawab ajelah


member: mesti lah pernah


aku: susahkan bila kita rindukan seseorang

Member: susah ke? Kalau orang tu hidup lagi,pastinya banyak cara nak hubungi dia.
gunakan sajalah dan lepaskan rindu tu.

aku: tapi kalau orang yang kita rindu itu tak rindukan kita?

member: (ketawa) ini kelakar.

aku: asal ko gelak?

member: sebab kau tak tahu hati orang.mana kau tahu 
dia tak rindu kau jugak?

aku: sebab bila aku kata aku rindu, dia senyap je

member: mungkin dia segan? ataupun aku rasa benda begini tak perlulah sentiasa
diluahkan gua kata-kata kan?

aku: Rasa macam bodoh pulak bila rindu orang begini,aku je yang
sayang dan perlukan dia agaknya.

member: kau sayang dia sebab perlukan dia atau kau perlukan dia 
sebab kau sayang dia

aku: ada beza ke?

member: ada 

aku: hmm aku perlukan dia sebab aku sayang dia.
kalau aku tak sayang dia buat apa aku perlukan dia?

member: jawapan orang matang

aku: eh kalau orang mintak gambar kau, apa kau buat?

member: bergantung siapa orang tu.

aku: katakanlah kalau orang tu minat kat kau, apa kau buat?

member: heh senang je, aku akan cakap mcm ni 
"google jelah gambar saya hahaha (ketawa)

aku: hahaha sengal sunggoh

member: (ketawa) sebab kita tak tahu adakah orang yang minat kita tu,
kita minat atau tidak. tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang
yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang 
yang langsung tak pandang kita

aku: ==" macam menyindir

member: choii! mana ada. tu benda ironi yang manusia selalu buat.

   

Kadang kala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa
isi serta membuatkita tertanya-tanya,apakah ada peluang
kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya.Seperti juga
kau duduk termenung diluar pintu sebuah rumah, tangan
teragak-agak mahu menekan loceng atau mengetuk pintu 
rumah tersebut. Adakah ada ruang yang istimewa untuk
kita?


awak,ingat lagi kata kunci kita berdua?
kata kunci hati kita berdua.
awak ingat lagi?

masa kita mula-mula kenal, awak cuma 
nampak permukaan jiwa saya
masa mula-mula kenal kita kawan, awak cuma 
nampak luaran hati saya
tapi awak terima dan awak mula tamak.

awak berdiri diluar hati saya
awak ketuk perlahan-lahan
awak datang setiap masa,setiap hari.
awak tanya,bila agaknya awak dapat masuk
ke pintunya.

awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
awak marah saya-awak kata saya menyelinap masuk ke 
dalam hati awak tanpa perlu usaha.
saya termangu-saya dalam hati awak, jika awak?
awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja
agar awak boleh masuk kedalam

saya berikan awak kata laluan.
awak buka dengan perlahan 
awak mula berikan sepenuh tumpuan
dengan tinggal di situ.
awak baca setiap helaian manuskrip
dalam hati saya.
lembaran demi lembaran awak baca.

awak,bila tibahalaman yang sukar untuk difahami,
mengapa awak berdiam diri?
mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya,
tuan punya diri?

awak,hati yang awak masuki adalah hati saya.
kamus yang awak perlukan adalah saya.
awak,adakah awak masih mahu membaca lagi?
atau mahu berpaling pergi?