ini amx lah

INI AMX LAH

HEY SELAMAT DATANG ADD AMX CLICK INI AMX LAH
:




Khamis, 30 Mei 2013 ★ 12:34 PTG


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Telah jauh  terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….


“Amboi, siap nak nyanyi lagu cinta bagai.Ni ada apa-apa ke?”
 tanya Qaisara, anak Aunty Laila merangkap kawan serumah Dania.

“Mana ada apa-apa.Saja je nak nyanyi.”
 Katanya sambil memotong daging untuk dimasak nanti.

“Kalau akak tak ada apa-apa nak cerita,
Qai nak cerita something sikit dengan akak.”

Qaisara memang suka memanggil Dania dengan panggilan
 kakak kerana Dania tua 4 bulan darinya.
Pada mulanya Dania rasa agak canggung apabila
Qaisara menaggilnya kakak. Mana tidaknya, mereka kan sebaya.
Sesuka hati je nak panggil kakak.

Tapi, bila difikirkan balik, tiada salahnya kalau dia
dipanggil kakak kerana dia pun tiada adik.

“Nak story apa lagi hari ni?” Qaisara ni macam
reporter tak bergaji sebab dia suka report berita-berita
terkini yang berlaku kat kolej mereka.

“Kalau Qai cakap, akak jangan gelak tau.Janji?”
 katanya sambil menghulurkan jari kelingkingnya.
Macam budak-budak!

“Hmmm… yela.” Balas Dania.

“Sebenarnya,Qai ada suka kat seorang
mamat ni.Lama dah Qai usyar dia.Tapi
kawan Qai kata, dia ada makwe.”

“Habis tu?”

“Qai nak dia juga.Qai tak akan lepaskan
 dia untuk orang lain. Kalau untuk akak tak apa
.Untuk akak, Qai rela korban apa sahaja
.”Qai ni baik sangat dengan aku.
Asyik-asyik nak korban benda dia suka untuk aku.
Sampai aku pula rasa tak sedap hati.

“Siapa jejaka yang bertuah tu?”

“Muhammad Danial Hakimi.Rasanya
dia sekelas dengan akak kot.”

Berdegup laju jantung Dania mendengar
 nama Hakimi.Qai suka Hakimi?





“Kimi, saya nak cakap sesuatu dengan awak.”
Hakimi terus memandang Dania dengan
senyuman yang bisa mencairkan hati
sesiapa pun yang memandang.

“Kenapa awak senyum macam tu?”
Dania rasa tidak selesa melihat senyuman
 Hakimi.Seperti ada sesuatu.

“Saya suka bila awak panggil saya Kimi.
 Macam comel je saya dengar.”
Katanya lagi sambil tersenyum.

“Okey, apa yang awak nak cakap?”

“Kalau ada seseorang sukakan awak,
awak nak buat apa?” tanya Dania perlahan.
Bukan apa, dia takut Syakilla terdengar.Kalau
Syakilla terdengar, comfirm lepas
 ni mesti ada gossip yang baru.

“Kenapa awak tanya macam tu?
Awak… suka saya ke?”
tanya Hakimi seperti berbisik.

“Not me la.Somebody else.”
 jawab Dania.

“Selain awak, saya tak terima orang lain.
Awak je yang ada kunci untuk hati saya ni.
Orang lain tak ada kunci tu.So,
mereka tak mungkin dapat masuk dalam hati saya.”

“Kalau saya tak sukakan awak macam mana?”

“Kalau awak tak suka saya, saya jadi bujang
 sampai ke tua la nampaknya.”
Terus Dania mencubit lengan Hakimi.
Sesuka hati je nak membujang sampai ke tua
sebab aku tak suka dia.

“Gurau pulak!”

“Saya tak bergurau la Eliana Dania Maisara. 
I’m seriously have fall in love with you.”
Terus Dania mengalihkan matanya ke arah lain.

Menggoda sungguh mata Hakimi ni.
Saja je nak buat aku cair la mamat ni.
Nasib baik iman aku kuat lagi..



Bersambung..


newer post
older post