Ahad, 13 Januari 2013 ★ 11:37 PG
Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita, tapi
kita selalu terlupa, adakah disebabkan kita sayang dia, maka kita perlukan dia
atau pun kita perlukan dia disebabkan kita sayang dia? (selepas difikirkan, aku
baru perasan yang ayat aku salah.Maka yang betul adalah ini: Adakah disebabkan
kita sayang dia,maka kita perlukan dia,ataupun kita sayang dia disebabkan kita perlu
dia?) itu membawa kepada dua pengertian berbeza yang pastinya.
Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa
disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu
yang pincang.Anehnya,kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui
kepayahan begitu.
ini perbualan aku dengan member aku masa tengah melepak sambil makan rambutan
aku: Kau pernah rasa rindukan seseorang?
member: (ketawa) haha ape punya soalan do
aku: ko jawab ajelah
member: mesti lah pernah
aku: susahkan bila kita rindukan seseorang
Member: susah ke? Kalau orang tu hidup lagi,pastinya banyak cara nak hubungi dia.
gunakan sajalah dan lepaskan rindu tu.
aku: tapi kalau orang yang kita rindu itu tak rindukan kita?
member: (ketawa) ini kelakar.
aku: asal ko gelak?
member: sebab kau tak tahu hati orang.mana kau tahu
dia tak rindu kau jugak?
aku: sebab bila aku kata aku rindu, dia senyap je
member: mungkin dia segan? ataupun aku rasa benda begini tak perlulah sentiasa
diluahkan gua kata-kata kan?
aku: Rasa macam bodoh pulak bila rindu orang begini,aku je yang
sayang dan perlukan dia agaknya.
member: kau sayang dia sebab perlukan dia atau kau perlukan dia
sebab kau sayang dia
aku: ada beza ke?
member: ada
aku: hmm aku perlukan dia sebab aku sayang dia.
kalau aku tak sayang dia buat apa aku perlukan dia?
member: jawapan orang matang
aku: eh kalau orang mintak gambar kau, apa kau buat?
member: bergantung siapa orang tu.
aku: katakanlah kalau orang tu minat kat kau, apa kau buat?
member: heh senang je, aku akan cakap mcm ni
"google jelah gambar saya hahaha (ketawa)
aku: hahaha sengal sunggoh
member: (ketawa) sebab kita tak tahu adakah orang yang minat kita tu,
kita minat atau tidak. tapi selalunya, orang yang minat kita adalah orang
yang kita kurang minat dan orang yang kita minat adalah orang
yang langsung tak pandang kita
aku: ==" macam menyindir
member: choii! mana ada. tu benda ironi yang manusia selalu buat.
Kadang kala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa
isi serta membuatkita tertanya-tanya,apakah ada peluang
kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya.Seperti juga
kau duduk termenung diluar pintu sebuah rumah, tangan
teragak-agak mahu menekan loceng atau mengetuk pintu
rumah tersebut. Adakah ada ruang yang istimewa untuk
kita?
awak,ingat lagi kata kunci kita berdua?
kata kunci hati kita berdua.
awak ingat lagi?
masa kita mula-mula kenal, awak cuma
nampak permukaan jiwa saya
masa mula-mula kenal kita kawan, awak cuma
nampak luaran hati saya
tapi awak terima dan awak mula tamak.
awak berdiri diluar hati saya
awak ketuk perlahan-lahan
awak datang setiap masa,setiap hari.
awak tanya,bila agaknya awak dapat masuk
ke pintunya.
awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
awak marah saya-awak kata saya menyelinap masuk ke
dalam hati awak tanpa perlu usaha.
saya termangu-saya dalam hati awak, jika awak?
awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja
agar awak boleh masuk kedalam
saya berikan awak kata laluan.
awak buka dengan perlahan
awak mula berikan sepenuh tumpuan
dengan tinggal di situ.
awak baca setiap helaian manuskrip
dalam hati saya.
lembaran demi lembaran awak baca.
awak,bila tibahalaman yang sukar untuk difahami,
mengapa awak berdiam diri?
mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya,
tuan punya diri?
awak,hati yang awak masuki adalah hati saya.
kamus yang awak perlukan adalah saya.
awak,adakah awak masih mahu membaca lagi?
atau mahu berpaling pergi?



