Selasa, 15 Januari 2013 ★ 5:07 PG
kadang kadang dalam hidup kita tidak
boleh terlalu mengharap
mengharap yang kita akan jadi kaya, banyak duit
berharap yang jejaka/wanita yang kita minati sejak lamanya
akan jatuh hati pada kita suatu hari nanti
berharap yang kta juga akan mendapat kerjaya yang hebat
sebagaimana orang lain yang mempunyai
pencapaian yang serupa dengan kita…
pencapaian yang serupa dengan kita…
meletakkan harapan pada sesuatu
seolah olah bertaruh dengan nasib sendirik
seperti kata kawan baik aku dulu
‘berangan tu penting, tanpa angan-angan tiada
lah cita-cita’
lah cita-cita’
berangan memang seronok
tapi jangan sampai meletakkan harapan terlalu tinggi
sebab kalau kita terbang terlalu tinggi dan kita jatuh
sakitnya amat teruk, dan mungkin sukar diubati
macam tu juga dengan si pemberi harapan
dalam hidup
kita perlu tegas…jangan biarkan
orang ‘bergantung’ pada harapan kita
orang ‘bergantung’ pada harapan kita
kalau hati kita rasa tak mahu dan tak selesa
cuba bagitahu terang terang
berselindung di sebalik janji manis,
muka manis dan ayat manis adalah sangat jahat.
muka manis dan ayat manis adalah sangat jahat.
oleh itu kepada yang mengharap…
cuba hidup dengan penuh rasa bersyukur,
dengan segala yang anda miliki
dengan segala yang anda miliki
jangan cuba menjadi orang lain,
sebab anda hanya akan hidup dalam kepura-puraan
sebab anda hanya akan hidup dalam kepura-puraan
dan kepada yang memberi harapan…
cuba letakkan diri anda di tempat orang yang anda
‘sakiti’ itu…
‘sakiti’ itu…
.sekian.



