Selasa, 26 Mac 2013 ★ 1:59 PTG
Air matanya
tidak berhenti mengalir sejak kakinya mula
menjejakkan
kaki ke tanah perkuburan itu. Puas dipujuk,
namun
tangisan masih tidak berhenti.
“Sudah la tu,
jangan nangis lagi. Tak tenang arwah papa dan mama
Dania nanti.”
Pujuk Aunty Laila.
Sedih hatinya
memikirkan nasib Eliana Dania Maisara yang
lebih senang dipanggil Dania itu. Usianya baru 8 tahun,
namun dia terpaksa menempuh dugaan yang besar ini.
namun dia terpaksa menempuh dugaan yang besar ini.
“Aunty, kenapa
bukan Dania yang mati? Kenapa mama dan papa
tinggalkan
Dania sendiri?” katanya perlahan sambil
diiringi
tagisan air mata.
Sedih rasa
hatinya mendengar Dania berkata begitu.
“Dania, mama
dan papa tak tinggalkan Dania sendiri sayang.
Dania masih
ada Aunty kan?” pujuknya lagi sambil memeluk
tubuh
kecil itu. Dia sendiri merasakan kesedihan kerana
kehilangan
sahabat baiknya.
“Dania tinggal
dengan Aunty je la ya?”
Dania hanya
mendiamkan diri.Bahunya masih
tersenggut-senggut
menahan tangis.
“Kalau ada
apa-apa jadi pada mama dan papa,
Dania tinggal
dengan Aunty Laila ya?Dania kena sayang dan hormat dia
macam
Dania sayang dan hormat pada mama dan papa ya sayang?
Mama dan papa
sayang sangat pada Dania.”
tiba-tiba dia
teringat pesanan mamanya sebelum mamanya
menghembuskan
nafas yang terakhir. Mama…
“Dania tinggal
dengan Aunty ya sayang?”
tanya Aunty
Laila buat kali ke dua.
Bukan
niatnya mahu memaksa anak kecil itu,
cuma dia tidak
mahu membiarkan Dania berseorangan
menghadapi
dugaan ini.
Dania
menganggukkan kepalanya perlahan
tanda
setuju.
.
Bersambung....



